Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Tuesday, October 12, 2010

Wajah Baru Gelanggang Bola Keranjang SEMEKTA

Wajah Terkini Gelanggang Bola Keranjang SEMEKTA (100% SIAP)
Paparan gelanggang sebelum dinaik taraf kecerian
Kemas & Ceria !...Pasti menarik minat pengemar bola keranjang
Bersih, Kemas & Istimewa
Hasil kerja halus, teliti & cermat pasukan Cikgu Patrik Tan
Usaha Tangga Kejayaan...Tiada Perkara Yang Mustahil Sekiranya Kita Berusaha
Situasi Jam 7.35 pagi bersedia menyiapkan garisan gelanggang
Kerja-kerja membuat sempadan garisan untuk dicat
Para pelajar berwaspada serta cermat ketika mengecat garisan gelanggang
Puas hati dengan kejayaan menhasilkan wajah baru Gelanggang Bola Keranjang SEMEKTA
Gambar Kenangan pasukan Cikgu Patrick Tan melaksanakan tanggungjawab
( Syabas & Tahniah dari ALK Koperasi & Warga SMK Tandek )

Peperiksaan Semester 2 SMK Tandek

Jadual Peperiksaan Semester Ke-2 Tingkatan 4 SMK Tandek
(Tarikh: 15 Okt 2010 sehingga 29 Okt 2010 )

Jadual Peperiksaan Semester Ke-2 Tingkatan 5 SMK Tandek
(Tarikh: 15 Okt 2010 sehingga 21 Okt 2010 )

Pihak ALK Koperasi SMK Tandek mengucapkan selamat menghadapi peperiksaan akhir tahun. Sikap Bersabar, Beriman & Tenang adalah pegangan seorang JUARA !

Persediaan Peperiksaan Semester 2

Pelaksanaan Peperiksaan Semester 2 (Akhir Tahun) SMK Tandek Akan Bermula Pada 15 Oktober 2010 Sehingg 29 Oktober 2010. Para Guru Giat Menjalankan Proses Akhir Penyususnan & Klip Soalan Untuk Diagihkan Kepada Kelas Peperiksaan Kelak.

Monday, October 11, 2010

Taring Koir SMK Tandek Berbisa !

Koir SMK Tandek BOLEH !
( ALK Koperasi & Warga SMK Tandek mengucapkan Syabas & Tahniah atas kejayaan Pasukan Koir memenangi Naib Johan & Tempat Ke-3 Pertandingan Koir anjuran UMS sempena Majlis Konvokesyen Ke-12 Universiti Malaysia Sabah)
Dari Kiri: Cikgu Cecillia Intang, Cik Siyamala & Cikgu Riza Yahya
( Kelab Koir SMK Tandek mengucapkan ribuan terima kasih tak terhingga kepada Pn. Salvalachemy a/p Karuppiah dan Cik Siyamala atas sumbangan ikhlas RM1000 serta En. Jaimbol Dangus - Urban Storm Kota Kinabalu menyumbang RM300 untuk membiaya kos penggangkutan )
Pasukan A Koir SMK Tandek (Naib Johan)
Para perserta koir dengan penuh yakin serta bersemangat mempersembahkan lagu bertajuk Malaysia Oh Tanahairku & Tanahairku Malaysia.
Pasukan B Koir SMK Tandek (Tempat Ke-3 & Anugerah Pakaian Terbaik Berkonsepkan 1 Malaysia) bersedia mempersembahkan persembahan terbaik dengan menyampaikan lagu bertajuk Malaysia Oh Tanahairku & 1 Malaysia
Gambar kenangan para peserta koir bersama dengan En. Mozez (Ketua Hakim Pertandingan dari Radio Televisyen Malaysia Sabah)
Situasi hujuan lebat ketika pertandingan koir di UMS. Tindakan mempayungi para pesrta koir ketika hujan lebat memperlihatkan keperihatinan & dedikasi para pasukan urusetia UMS. Pihak koir hanya mampu mengucapkan ucapan ribuan terima kasih.

Guru SMK Tandek Celik ICT

Tanggungjawab & pereanan guru tidak sekadar melaksanakan pengajaran & pembelajaran namun termasuk pengguasaan ilmu ICT bagi memastikan penyebaran maklumat lebih efisian, pantas & tepat.
Tugas pentadbiran, pennyenggaraan maklumat para pelajar, perkongsian idea & seumpamanya pasti melibatkan penggunan ICT

Pihak Koperasi SMK Tandek mengucapkan Syabas kepada warga guru SMK Tandek atas usaha berterusan, peka terhadap keperluan pelajar & dedikasi terhadap tugas.

Tema Hari Guru Malaysia Tahun 2000-2010

16 Mei setiap tahun adalah hari penghargaan kepada para guru di Malaysia kerana diistiharkan "Hari Guru Malaysia". Sejarah Pemilihan tarikh ini sebagai Hari Guru disebabkan pada haribulan tersebut tahun 1956 Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran sebagai dasar pelajaran bagi negara kita. Laporan tersebut dikenali sebagai Laporan Razak sekaligus menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan sehingga hari ini.

Sunday, October 10, 2010

Stiker Kenderaan

Sample Stiker Kenderaan SMK Tandek Tahun 2010-1012
Makluman kepada warga SMK Tandek bahawa pihak pentadbir telah mengarahkan pihak pengawal keselamatan sekolah untuk memastikan kenderaan yang dipandu masuk ke kawasan sekolah perlu ada tanda stiker kenderaan kelulusan SMK Tandek.

Untuk tujuan ini, pihak Koperasi SMK Tandek Berhad telah dipertanggungjawabkan dan telah menyediakannya untuk dimiliki oleh warga SMK Tandek bermula hari esok 11 Oktober 2010 bersamaan Isnin.

Sila berurusan dengan Cikgu Yap Miu Seng (Pagi) atau Cikgu Rosmadi Abdullah (Petang) untuk mendapatkan stiker tersebut.



Saturday, October 9, 2010

1 Malaysia

"Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan"
Warga SMK Tandek Sokong 100% Ilham YAB Dato' Sri Haji Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak Perdana Menteri Malaysia.

Friday, October 8, 2010

Program Khas Koir SMK Tandek Ke Universiti Malaysia Sabah (UMS)

Pasukan Koir SMK Tandek Bersedia Bertolak Ke UMS Untuk Pertandingan Koir Yang Dijangkakan Bermula Jam 2.00 Petang Hari Ini.
Pihak ALK Koperasi SMK Tandek Berhad Mengucapkan Syabas & Selamat Bertanding...Semoga Berjaya!
Enam Orang Guru Pengiring Yang Terlibat Ke Pertandingan Koir UMS
Dari Kiri: Cikgu George, Cikgu Lee Jia Zheng, Cikgu Herrly Binson, Cikgu Halina (Ketua Muzik), Cikgu Cecillia Intang Cikgu Riza Yahya

Latihan Intensif Awal Pagi Ahli Koir Sebelum Bertolak Ke UMS Untuk Pertandingan Koir
Paparan Memperlihatkan Kesungguhan, Keperihatinan, Bertanggungjawab & Sikap Dedikasi Cikgu Lee Selaku Jurulatih Koir Sedang Membimbing & Melatih Ahli Koir
Raptai Terakhir Para Peserta Koir Sebelum Menyertai Pertandingan Petang Ini Di UMS
Kecerian & Senyuman Para Peserta Koir Membuktikan Keyakinan & Kesediaan Bertanding

Pasukan Guru Koir Yang Sentiasa Memastikan Kumpulan Koir SMK Tandek Adalah Gemilang, Terbilang & Pasti Boleh !
(Menurut Ketua Pasukan Koir Cikgu Halina bahawa Seramai 52 orang Pelajar Telah Menyertai Pertandingan Anjuran UMS. Kerjasama Semua Guru Koir & Kaunseling Telah Berjaya Mengatur Bas Berhawa Dingin Untuk Menghantar Para Peserta Pergi & Pulang Menyertai Pertandingan)

Projek Naik Taraf Kecerian Gelanggang Bola Keranjang SMK Tandek 90% Siap

90 % Tugasan Mengecat Gelanggang Bola Keranjang SMK Tandek Siap.
(Pihak Koperasi Mengucapkan Tahniah Kepada Cikgu Patrick Tan & Pasukan Bertugas Beliau)

Pasukan Guru Yang Cemerlang Dalam Tugas

Bersiap Sedia Menjalankan Tugas & Tanggungjawab Seawal Jam 7.30 Pagi
Keadaan Gelanggang Yang Telah Dicat Kelmarin & Disambung Pada Hari Ini
Situasi Kerja Guru & Pelajar Yang Menunjukkan Kesungguhan & Ketekunan
Belajar Mengecat Pasti Menyeronokan!

Permainan ISKATE

Antara Pelajar Asrama SMK Tandek Yang Berlatih Permainan ISKATE Iaitu Sejenis Permainan Umpama Papan Luncur Namun berbeza Di Bahagian Papan Yang Mampu Bergerak Ikut Kemahuan Pemain. Cikgu Mihail Selaku Ketua Warden Asrama Telah Dipertanggungjawabkan Untuk Memperkenalkan Permainan Ini Sebagai Aktiviti Riadah Pelajar Asrama Oleh Pentadbir Sekolah
Bentuk Papan ISKATE
Beberapa Aksi Menarik Yang Dipaparkan Oleh Pelajar. Dimaklumkan Bahawa Permainan Ini Hanya Bermula Hari Ini, Namun Kemahiran Penguasaan Oleh Para Pelajar Amat Membanggakan.

Permainan ISKATE Tidak Semudah Yang Disangka. Pelajar Ini Hampir Terjatuh Ketika Membuat Latihan. Para Pelajar Telah Dinasihati Berhati-hati & Menjaga Keselamatan Diri Ketika Bermain Dengan Permainan ISKATE.

Nasib Tangki SMK Tandek

Masa Menelan Zaman...Inilah wajah tangki usang yang telah berusia seumur dengan kelahiran SMK Tandek. Walaupun berkarat pada pandangan luar, namun ia masih setia & utuh untuk memberi khidmat kepada warga SMK Tandek.

Sebagai tanda penghargaan & terima kasih, warga SMK Tandek telah berusaha mengubah wajah tangki-tangki lapok kelihatan lebih ceria, bersemangat dan mampu meneruskan perjuangan memberi khidmat kepada warga sekolah.

Maklumat Penting Untuk Warga GURU & KTBM SMK Tandek

Protal Emis Online

Makluman kepada semua guru & KTBM, kini anda boleh menyemak emis data anda di http://emisonline.moe.gov.my/ . Untuk login kali pertama, sila ke LOGIN GURU dan login dengan No.KPT anda. Kata laluan sama seperti No. KPT anda. Setelah login, anda boleh menukar kata laluan dengan klik pada butang fungsi lain pada paparan Protal Emisonline.

Anda boleh menyemak Data Emis anda & sekiranya terdapat kesilapan data atau anda berpendapat ingin mengemaskini data anda maka sila berurusan dengan Guru data Sekolah En. Majaron.

"Menyemak & Mengemaskini Data Emis adalah Tanggungjawab Kita Bersama"

Thursday, October 7, 2010

Surau SMK Tandek

Surau SMK Tandek diberi nafas & wajah baru untuk kepentingan umat Islam sebagai tempat beribadat, menyucikan rohani serta bertindak sebagai pusat keilmuan. Para pelajar khususnya beragama Islam diharapkan dapat memanfaatkan penggunaan surau di samping menjaga keceriaan, kebersihan dan keselamatan kemudahan yang disediakan.

Pemantauan PMR Di SMK Tandek

Kota Marudu, 7 Oktober: En Jainim Samaron, Pegawai Pelajaran Kota Marudu telah mengarahkan pegawainya untuk membuat pemantauan khas bagi memastikan kelancaran perjalanan Peperiksaan Penilaian Rendah (PMR). Pihak SMK Tandek telah menunjukkan tanggungjawab dan kesungguhan memberi kerjasama dengan membuat persiapan sebaik mungkin sebelum bermulanya PMR.
Keadaan Susunan Meja Teratur Di Dewan Perdana SMK Tandek Sebagai Dewan Peperiksaan PMR
Pegawai Dari PPD En. Abdul Rahim Tapah (Baju Batik Jingga) & En. Teddy Henry (Baju batik kuning) Membuat Lawatan Pemantauan Peperiksaan PMR
Para Pegawai Sempat Bertanya Khabar Dengan Guru Selepas Tamat Menjalankan Tugas Rasmi Pemantauan PMR
Situasi Menunjukkan Para Pelajar Mula Keluar Dewan Peperiksaan Untuk Pulang

Gambar Menujukkan Para Pengawas Peperiksaan PMR Bersiap Sedia Menghantar Kutipan Jawapan Ke Pusat Penilaian