Koperasi SMK Tandek Berhad telah didaftarkan secara Sah dibawah Pendaftar Koperasi Negeri Sabah pada 23 November 2004. Matlamat utama penubuhan koperasi adalah ingin membantu menyediakan barangan keperluan asas pelajar SMK Tandek seperti alat tulis, pakaian sukan, lencana, tali leher dan seumpamanya berdasarkan slogan "Harga Setanding atau Lebih Murah" berbanding harga pasaran.
madagascar
Banner
Menu
pink tail
Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE
Berita TERKINI Dari Semekta
Tuesday, January 25, 2011
Tuesday, January 18, 2011
Monday, January 17, 2011
Mesyuarat Rumah Sukan Mat Salleh
Cikgu Arshad selaku pemimpin utama Rumah Sukan Mat Salleh mengadakan mesyarat khas antara guru rumah sukan bagi membincangkan pembahagian tugas, merancang strategi & usaha yang perlu dilaksanakan demi kecemerlangan MAT SALLEH.
Sunday, January 16, 2011
Ceramah: Kearah Menjadikan Jalanraya Selamat Digunakan
En. Alias Tudin Sapaun (Jab. Keselamatan Jalanraya) mengadakan taklimat khas di Dewan Perdana Semekta pada 16 Jan 2011 tentang tanggungjawab selaku pengguna bersopan di jalan raya demi keselamatan.
Taklimat yang dijalankan mendapat sambutan baik di kalangan para pelajar
En. Androd Sadian diberi penghormatan untuk menyampaikan beberapa topi kaledar kepada para pelajar dan guru semekta.
Monday, January 3, 2011
Pemantauan Khas Pegawai KPM Ke Semekta
Tuan Jame Alip (ASDK, BSK)- Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, ditemani oleh En.Bungsu Bin Gaga -Penolong Pengarah Unit Kepiawaian & Keutuhan KPM serta En. Jainim Samaron- Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu mengadakan pemantauan khas di Semekta hari ini 3 Jan 2011.
En. Keng Chuan Seng-Pengetua SMK Tandek memberikan taklimat ringkas kepada Tuan Jame Alip Pengarah SPBT tentang usaha peningkatan kualiti pengurusan stok & pinjaman buku teks kepada pelajar. Pihak tuan pengarah mengucapkan tahniah & syabas kepada pentadbir Semekta kerana berjaya menggunakan sistem kod bar bagi memudahkan proses pengesahan pinjaman buku teks. Pihaknya amat berpuas hati dengan pengurusan stok buku teks Semekta serta persediaan lengkap menghadapi hari persekolahan pertama hari ini.
En. Bungsu Bin Gaga- Penolong Pengarah Unit Kepiawaian & Keutuhan menerima laporan daripada En. Androd Sadian- Penolong Kanan 1 SMK Tandek.Tuan Jame Alip tertarik dengan keindahan persekitaran sekolah dan memuji pengurusan pihak pentadbir kerana berjaya menghias sekolah dengan pelbagai pokok bunga serta pokok buah-buahan. Menurut sumber En.Keng Chuan Seng, pelbagai pokok buah-buahan tempatan seperti buah kedongdong, manggis, rambutan, mangga dan betik telah ditanam di persekitaran sekolah.
Bagi tujuan keceriaan & pembelajaran warga pelajar Semekta, pihak Tuan Jame Alip mencadangkan pembinaan arca seperti alat ketam padi bagi memperingati & menghargai usaha petani padi terdahulu di samping pembelajaran baru dalam buku teks tentang cara moden pengetaman padi.
Tuan Jame Alip sempat bertanya khabar kepada pelajar semekta.
"Apa khabar?...Apakah cita-cita anda?" antara soalan ringkas yang dikemukakan
Pihak pentadbir Semekta mengucapkan terima atas kerjasama dan sokongan padu pegawai KPM
Syabas!
Tugas Rasmi SPBT Awal Minggu Pertama Persekolahan
Para guru SPBT SMK Tandek telah melaksanakan tugas cemerlang dalam proses pengagihan buku teks kepada para pelajar semekta. Sistem kod bar diaplikasikan demi melancarkan tugasan agar lebih efisian, sistematik dan terurus. Syabas!
Taklimat Khas Tingkatan 4 Sesi 2011
Cikgu Magrate Kopong memberi taklimat khas bagi pelajar tingkatan 4 sesi 2011 hari ini 3 Jan 2011 di Dewan Perdana Semekta. Beliau memaklumkan bahawa kejayaan PMR hanyalah titik permulaan kerana cabaran SPM, STPM & Universiti sedang menanti. Beliau juga mengingatkan pelajar bahawa hanya usaha gigih tanpa kenal erti putus asa akan membuahkan kejayaan cemerlang.
Taklimat Tingkatan 1 sesi 2011
Wajah ceriah pelajar tingkatan 1 sesi 2011
Sifat penyayang para ibubapa ketika menemani anak ke sekolah hari pertama
Cikgu Welham telah ditugaskan menjalankan taklimat khas bagi pelajar tingkatan 1 sesi 2011 yang akan diadakan dalam Dewan Perdana Semekta.
Senarai Pelajar Terbaik PMR 2011
TOP PMR 2010
BIL | NAMA PELAJAR | Keputusan |
1 | VIVIAN PAUDAR | 7A |
2 | CHERYSSA JAYMON | 6A2B |
3 | ALWON MAIDOL | 6A1C1B |
4 | NORHAYATI HASSAN | 5A3B |
5 | MITCHEL SUMPONGOL | 5A2B |
6 | ANGELA ODONG | 4A3B |
7 | ARIESBERT JEMOL | 4A1B1C1D |
8 | HELNA KOWION | 3A3B1C |
9 | NURSALINA NURASAD | 3A3B1C1D |
10 | ERVINA FLORIS MAJUTAN | 3A2B2C |
Perhimpunan Pertama Semekta 2011
En. Keng Chuan Seng-Pengetua Semekta mengucapkan selamat tahun baru & selamat kembali ke sekolah. Pihaknya berharap warga Semekta mempunyai azam & semangat baru di samping berusaha lebih tekun.
Tuan pengetua memaklumkan bahawa pencapaian PMR tahun 2010 memperlihatkan peningkatan 2.20% berbanding tahun sebelumnya. Menurut beliau, pihak pentadbir telah merancang dan akan mengatur lebih banyak program khas tahun ini untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar.
Para guru diharapkan dapat merancang & melaksanakan lebih banyak program lawatan sambil belajar untuk warga pelajar semekta. Suasana pembelajaran akan lebih bermakna, menyeronokkan dan pasti meninggalkan pengalaman bermakna di alam persekolahan.
Barisan warga pelajar yang sedia menyahut cabaran tahun 2011
Saturday, January 1, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)































