Koperasi SMK Tandek Berhad telah didaftarkan secara Sah dibawah Pendaftar Koperasi Negeri Sabah pada 23 November 2004. Matlamat utama penubuhan koperasi adalah ingin membantu menyediakan barangan keperluan asas pelajar SMK Tandek seperti alat tulis, pakaian sukan, lencana, tali leher dan seumpamanya berdasarkan slogan "Harga Setanding atau Lebih Murah" berbanding harga pasaran.
madagascar
Banner
Menu
pink tail
Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE
Berita TERKINI Dari Semekta
Thursday, February 17, 2011
Kaunter Penjualan Koperasi Sempena Pemberian KWAMP 17 Feb 2011
Antara ibubapa (Penerima KWAMP) yang prihatin dengan keperluan asas anak seperti lencana, tali leher, Fail Rekod, Buku Kokum, Buku Disiplin sekolah dan seumpamanya.
Pemantauan Program MISUP
Pihak Pentadbir Semekta telah merancang, mengatur dan melaksanakan program kecemerlangan akademik berdasarkan minat pelajar terhadap sukan dan permainan sejank tahun 2009. Program ini dinamakan MISUP (Minat Sukan Untuk Prestasi) merupakan idea utama Pengetua SMK Tandek, En. Keng Chuan Seng.
Menurut sumber En. Majaron- Pengurus Program MISUP Badminton Semekta bahawa para pelajar yang mengikuti program ini harus menunaikan satu syarat, iaitu mereka mestilah meningkatkan peratusan kelulusan untuk empat mata pelajaran yang terpilih iaitu BM, BI, SN dan Mat. Terdapat beberapa program MISUP yang ditawarkan kepada pelajar asrama, diantaranya ialah MISUP Badminton, MISUP Bola Tampar, MISUP Bola Jaring dan MISUP Bola Keranjang. Semua program kecemerlangan ini disasarkan kepada pelajar asrama kerana mereka tidak ada halangan untuk datang sesi latihan.
Motivasi pelajar untuk belajar ditingkatkan apabila mereka diberikan kemudahan untuk bermain permainan yang mereka minati. Contohnya, ramai pelajar yang berminat untuk bermain Badminton, tapi tidak semua mereka dapat bermain permainan itu kerana tidak ada raket. Pihak sekolah memenuhi keinginan pelajar tersebut dengan menyediakan semua kemudahan untuk bermain Badminton seperti raket, net, bulutangkis dan dewan. Tidak cukup dengan itu, pelajar juga diberikan klinik atau latihan asas permainan ini.
Daripada analisis yang telah dibuat, didapati program ini amat berkesan. Lebih 80% daripada ahli MISUP berjaya meningkatkan prestasi mata pelajaran yang telah ditentukan. Pihak Pengetua En. Keng sekali lagi mengingatkan para pelajar kepentingan menyeimbangkan prestasi kurikulum & aktiviti Ko-Kurikulum di Dewan Semekta pagi ini bertarikh 17 Feb 2011.
Wednesday, February 16, 2011
BAM (Benang Androd Magik)
Hakcipta: En. Androd Sadian
Jawatan: Penolong Kanan I SMK Tandek, Kota Marudu Sabah
Antara Pencapaian Cemerlang Peribadi Sebagai Warga Pendidik
Anugerah "Sains Angkasa" (1993), Anugerah MTSF (Malaysia Toray Science Foundation), Guru Inovatif Peringkat Negeri Sabah [Naib Johan] 2007, Anugerah Guru Inovasi Pena-A II tahun 2009, Guru Inovatif Peringkat Pejabat Pelajaran Gabungan Kota Marudu tahun 2006, 2007, 2009, dan "Anugerah Inovasi Sains" anjuran Yayasan Sains Toray, Jepun.
Subscribe to:
Posts (Atom)










