Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, March 4, 2011

Sambutan Maulidur Rasul SMK Tandek 1432H - 04.03.2011

 
 
 

 
 

 
 
 
 
 
Sumber Photo: Unit Media Semekta Cikgu Jaluddin Hassan

JENIS PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2011

Sila klik pada pautan URL untuk mengetahui syarat, kategori dan hadiah yang bakal anda terima sebagai JUARA @ PEMENANG !


MEWARNA “ROADSHOW”



PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2011


SELAMAT ULANG TAHUN KE-10!
Tahun 2011 merupakan ulang tahun Ke-10 bagi Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia yang dianjurkan oleh FOMCA sejak tahun 2002. FOMCA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu FOMCA dalam menjayakan program ini, terutamanya para guru di sekolah, ibu bapa yang sering member sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai pertandingan dan pihak penaja. Sambutan orang ramai terhadap program ini telah meningkat tahun demi tahun.

Atas sokongan orang ramai, Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia ini telah berjaya mencatatkan sejarah apabila FOMCA menerima sijil pengiktirafan “Penyertaan Terbanyak Pertandingan Kepenggunaan” daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2010. Pertandingan Kepenggunaan pada tahun 2010 telah mendapat penyertaan sebanyak 61,044, iaitu tertinggi semenjak pertandingan ini diadakan pada tahun 2002.

Pada tahun ini, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas kategori dan jenis pertandingan. Memandangkan Pertandingan Esei dan Poster Kepenggunaan merupakan pertandingan yang mendapat penyertaan yang paling banyak, pihak FOMCA telah mengasingkan pertandingan kategori Sekolah Menengah kepada Kategori Menengah Rendah dan Kategori Menengah Atas. Para peserta juga boleh memilih untuk melukis dan mereka poster penyertaan sama ada dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil. Selain itu, Pertandingan Mereka Poster Grafik juga merupakan pertandingan baru.

Pertandingan Fotografi telah dijadikan dua kategori, iaitu Kategori Pelajar Sekolah dan Kategori Umum. Selain itu, Pertandingan Folio telah ditukar kepada satu pertandingan yang lebih komprehensif, iaitu Pertandingan “Speak Up”. Pertandingan ini bukan sahaja menguji para pelajar untuk membuat kajian tentang sesuatu topik atau isu komuniti, malah memerlukan para pelajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Atas sokongan daripada Jabatan Standards Malaysia (STANDARDS MALAYSIA), kumpulan terpilih akan menerima dana bagi melaksanakan projek tersebut. Hadiah tambahan juga akan diberikan kepada kumpulan terbaik.

Bagi mengiktiraf dan menggalakkan usaha para guru dan sekolah dalam membimbing penyertaan pelajar, hadiah wang tunai bagi Anugerah Penyertaan Terbanyak peringkat sekolah telah ditambah.Click to EnlargeSelain itu, 10 hadiah sagu hati berupa Sijil Pengiktirafan akan diberikan kepada 10 sekolah bagi setiap kategori. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia HPM.

Sekian, terima kasih.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden, FOMCA


Larian Bandaraya Kota Kinabalu

Makluman bahawa sekumpulan pelajar seramai 25 orang akan menyertai Program Larian Bandaran Kota Kinabalu pada ketetapan berikut:

Tarikh: 6 Mac 2011
Masa: 7.30 am
Tempat : Padang Bandaran Kota Kinabalu

Guru pengiring : Cikgu Lydiawati, Cikgu Audrey, Cikgu Willorin & Cikgu Rajis

Thursday, March 3, 2011

Persediaan Majlis Maulidur Rasul Semekta 2011

 
 
 
 
 
 
Proses penyediaan cenderahati kenangan

Makluman Penting Untuk Ahli Koperasi Lepasan SPM 2010

Makluman kepada semua ahli berdaftar koperasi bahawa anda diwajibkan menuntut hak menerima agihan dividen 10% sepertimana dipersetujui dalam mesyuarat Agung tahun 2010 yang telah bermula pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Feb 2011 - 16 Mei 2011
Guru   : Cikgu Wan Norsiah (Bendahari Koperasi SMK Tandek Berhad)

Semua ahli diberi masa selama 3 bulan untuk menuntut pembayaran dividen masing-masing. Selepas tempoh tersebut maka dividen tersebut akan didermakan kepada pihak koperasi sepertimana syarat tercatat dalam perjanjian awal borang pendaftaran sebagai ahli sah koperasi. Walau bagaimanapun, pihak koperasi SMK Tandek Berhad akan mempertimbangkan alasan kukuh kelewatan tuntuntan balik dividen tidak melebihi masa 6 bulan daripada tarikh makluman iaitu berkuatkuasa 16 Febuari 2011. Harap maklum.

Sila rujuk senarai nama anda seperti tercatat berikut:- (ARAHANSila Klik Pada Imej Untuk Saiz Besar)
Makluman bahawa ahli koperasi yang tamat SPM 2010 DIWAJIBKAN menuntut dividen serta pengeluaran pegangan unit syer koperasi bermula pada tarikh yang sama seperti di atas.
Sekian , Terima Kasih

En. Samuel Gohol Penyelaras Tingkatan 6 Baru

Syabas & Tahniah kepada Cikgu Samuel Gohol kerana dilantik menjadi penyelaras tingkatan 6 baru SMK Tandek menggantikan Cikgu Lazimin Pansang yang telah berpindah ke SMK Narinang Kota Belud

Wednesday, March 2, 2011

Perhimpunan Kokum Kali ke-2

En. Keng Chuan Seng-Pengetua mengucapkan syabas & tahniah kepada Cikgu Amran-Penolong Kanan Kokum Semekta kerana peningkatan bilangan pelajar dalam penglibatan aktiviti Kokum dan berpakaian seragam semakin meningkat. Pihaknya juga mengambil kesempatan mengucapkan tahniah kepada En. Lazimin Pansang-Penyelaras tingkatan 6 yang telah berpindah ke SMK Narinang Kota Belud & pasukannya atas kejayaan meningkatkan pencapaian keputusan STPM 2010. Beliau juga mengumumkan bahawa Cikgu Samuel telah dilantik menjadi penyelaras Tg6 yang baru.

 


 
 
 
 
 
 

 
 
 
 
 

Taklimat Pemakaian Baju PJK & Sukan Sekolah

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Cikgu Hatnin & Cikgu Khairul mengadakan taklimat khas tentang peraturan, jenis & cara pemakaian baju PJK serta sukan sekolah di Dewan Perdana Semekta hari ini 1-3- 2011