Tahniah kepada sidang redaksi Wahana Semekta atas kejayaan menerbitkan Majalah Wajah Baru yang menarik minat pelajar. Proses pengagihan majalah dijalankan hari ini 19 Nov 2010 untuk memberi peluang pelajar menikmatinya sepanjang cuti sekolah. Situasi berikut menunjukkan para pelajar amat suka & kagum keluaran Wahana Semekta 2010.
Koperasi SMK Tandek Berhad telah didaftarkan secara Sah dibawah Pendaftar Koperasi Negeri Sabah pada 23 November 2004. Matlamat utama penubuhan koperasi adalah ingin membantu menyediakan barangan keperluan asas pelajar SMK Tandek seperti alat tulis, pakaian sukan, lencana, tali leher dan seumpamanya berdasarkan slogan "Harga Setanding atau Lebih Murah" berbanding harga pasaran.
madagascar
Banner
Menu
pink tail
Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE
Berita TERKINI Dari Semekta
Friday, November 19, 2010
Juara Bertuah Dalam Majlis Makan Malam Tahunan Semekta 2010!
JEFIN MAJINGKAL : Pemenang hadiah utama Dapur Gas (Ditaja oleh Syarikat Sinar Photocopy)
NAWANDEY WARRY BIN NAWARI : Pemenang hadiah Kipas Elektrik 16 Inci (Ditaja oleh Syarikat Sinar Photocopy)
Sekalung Budi Seuntai Kasih
Penyampaian Cendera Kenangan Oleh En. Keng Chuan Seng- Pengetua Semekta kepada empat orang guru yang akan berpindah pada Majlis Makan Malam Tahunan Guru SMK Tandek 18 Nov 2010 di Marudu Inn Restaurant. Doa Warga Semekta..."Semoga Sihat Selalu & Selamat bertugas di tempat baru".
Thursday, November 18, 2010
Wednesday, November 17, 2010
Tuesday, November 16, 2010
Panglima Rentap
Masyarakat Sarawak di sini terdiri daripada pelbagai bangsa terutama masyarakat Iban, Melayu dan Cina. Masyarakat Iban Betong kebanyakkannya tinggal di kawasan pedalaman di sepanjang Sungai Layar, Sungai Spak dan Sungai Padeh. Di kawasan Spaoh dan Debak pula lebih tertumpu di kawasan Ulu Paku, Ulu Rimbas, Ulu Bayor dan sedikit tinggal di sepanjang jalan Pusa. Mereka mengamalkan pertanian pindah (padi bukit) di samping getah, lada dan koko sebagai tanaman komersial. Antara tokoh terkenal masyarakat Iban pada masa dahulu di kawasan ini termasuklah seorang panglima yang bernama Rentap. Sumber dipetik daripada Sejarah Malaysia Online: Sila klik pada pautan berikut untuk artikel penuh. URL: http://sejarahmalaysia.pnm.my/ ]
Monday, November 15, 2010
Mesyuarat Agung Koperasi Semekta Kali Ke-4 Disempurnakan
Mesyuarat Koperasi SMK Tandek Berhad dimulakan dengan ucapan En. Keng Chuan Seng selaku Pengetua & merangkap Pengerusi Koperasi. Beliau mengucapkan selamat datang kepada para hadirin & terima kasih atas sokongan yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat hari ini 15 Nov 2010 di Dewan Perdana Semekta.
Pembentangan Laporan Audit & Kewangan Semasa Koperasi Oleh Cikgu Wan Norsiah selaku bendahari. Berita baik untuk semua pemegang unit syer koperasi kerana akan memperolehi 10% pulangan ke modal yang dilaburkan. Promosi penambahan syer & pendaftaran ahli baru koperasi akan diumumkan. Warga Semekta disyorkan merebut peluang melabur syer kerana keutuhan operasi koperasi. Syabas & Tahniah!
Majlis Jamuan Khas Koperasi bagi menghargai jasa, kerjasama & sokongan para ahli kerana memberi kepercayaan & 100% keyakinan kepada Koperasi SMK Tandek Berhad.
Dapat Ilmu Kewangan, Dapat Pengalaman Berniaga, Dapat Jamuan istimewa, Dapat Penghargaan, Dapat DIVIDEN 10%...Memang Berbaloi Jadi Ahli Koperasi !
Kemaskini Dewan Perdana...Terima Kasih Kepada Semua Ahli Koperasi.
Sunday, November 14, 2010
Peranan Lemak Berbeza
![]() |
| Gambar Hiasan |
Isu penggunaan lemak dan kebimbangan terhadap kesan negatif lemak sudah lama dibincangkan. Bagaimanapun bukan semua lemak itu berbahaya dan ia mempunyai peranan tersendiri yang sangat penting. Lemak memberi badan tenaga untuk berfungsi dengan baik, diperlukan untuk mengekalkan kesihatan kulit dan rambut; membantu badan menyerap vitamin A, D, E dan K (dipanggil vitamin larut lemak). Lemak akan memenuhi sel-sel lemak di bawah kulit bagi membantu memanaskan badan. Selain itu lemak berperanan penting untuk perkembangan otak, mengawal keradangan dan pembekuan darah. [Sumber dipetik daripada MyMetro Online. Sila klik pada pautan berikut untuk artikel penuh Norlaila Hamima Jaluddin URL http://www.hmetro.com.my/articles/Perananlemakberbeza/Article ]
Pewira Mat Salleh
![]() |
| Gambar Hiasan : Mat Salleh -Pahlawan Sabah |
Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. [Sumber Dipetik daripada Sejarah Malaysia Online: Sila Klik pada pautan berikut untuk artikel penuh URL: http://sejarahmalaysia.pnm.my/ ]
Friday, November 12, 2010
Program LSB Pelajar 5 Sains Tulen Ke UMS
Pepatah berbunyi "Usaha Tangga Kejayaan" terbukti benar kerana usaha gigih kelas 5 Sains Tulen dalam projek keceriaan & kebersihan terpilih menyertai Program Lawatan Sambil Belajar di Universiti Malaysia Sabah hari ini 12 Nov 2010. Syabas!
Gembira, Seronok & wajah riang pelajar
Ganjaran terbaik pihak pentadbir kepada warga pelajar Semekta yang menunjukkan kesungguhan, ketekunan, kerjasama berpasukan & bersikap positif
Malaysia Boleh ! Sabah Boleh ! Semekta Boleh ! Kami pun BOLEH !
Subscribe to:
Posts (Atom)

























