Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, October 15, 2010

Menonton Wayang?

 
Kelihatan Cikgu Amran, Cikgu Patrick & Cikgu Abdul Malek sedang memberikan taklimat aktiviti POST PMR pagi ini di Dewan Perdana SEMEKTA
Cikgu Patrick Tan selaku Ketua Guru Penasihat Bola Keranjang SEMEKTA mengaplikasikan kaedah ICT iaitu tayangan wayang bagi menarik minat pelajar terhadap permainan bola keranjang. Cikgu Patrick sedang memaklumkan kepada pelajar bahawa pelbagai kemahiran & teknik istimewa mengawal bola akan ditayangkan.
Walaupun duduk di atas lantai beralaskan permaidani namun para pelajar menunjukkan minat & reaksi positif terhadap tayangan video yang disediakan oleh Cikgu patrick


Wow ! Hebatnya !...Pelajar seronok menyaksikan aksi hebat kemahiran bermain bola keranjang dalam video yang ditayangkan.
Meskipun telah tamat PMR namun pihak SEMEKTA tetap merancang pelbagai aktiviti bermanfaat, istimewa, seronok dan berfaedah untuk mengisi masa para pelajar tingkatan 3
Situasi menunjukkan bahawa bukan sahaja para pelajar tertarik TETAPI guru juga terpegun dengan paparan video Cikgu Patrick. Syabas !

No comments:

Post a Comment