En. Keng Chuan Seng- Pengetua SMK Tandek mengucapkan penghargaan kepada pihak RISDA kerana sudi memberi peluang kepada pelajar Semekta melibatkan diri dalam Program Tuisyen Desa. Pengetua juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada para guru yang terlibat dalam pelaksanaan program yang amat bermakna ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar program ini dapat diteruskan pada tahun hadapan malahan Semekta akan dipilih sekali lagi.
En. Ronni Pasla Mohamed Yusoff -Pengarah RISDA Derah Kota Belud berharap para pelajar dapat mempertingkatkan prestasi dalam peperiksaan SPM melalui bimbingan khas pelaksanaan Program Tuisyen Desa RISDA.
Yang Berhormat Pn. Anita Baranting-Ahli Dewan Undangan Negeri N5 Tandek mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian pihak Semekta menjemput untuk merasmi seterusnya menutup Majlis Program Tuisyen Desa anjuran RISDA tahun 2010. Beliau berharap melalui program seumpama ini dapat meningkatkan jati diri & melahirkan individu cemerlang khususnya pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.
Majlis dimulakan dengan menyayikan Lagu Kebangsaan NegaraKu
Penghargaan Semekta kepada YB. Pn Anita Baranting -Ahli Dewan Undangan Negeri N5 Tandek dengan disaksikan oleh dif-dif jemputan
No comments:
Post a Comment