Makluman kepada semua ahli berdaftar koperasi bahawa anda diwajibkan menuntut hak menerima agihan dividen 10% sepertimana dipersetujui dalam mesyuarat Agung tahun 2010 bermula pada ketetapan berikut:
Tarikh : 16 Feb 2011 - 16 Mei 2011
Guru : Cikgu Wan Norsiah (Bendahari Koperasi SMK Tandek Berhad)
Semua ahli diberi masa selama 3 bulan untuk menuntut pembayaran dividen masing-masing. Selepas tempoh tersebut maka dividen tersebut akan didermakan kepada pihak koperasi sepertimana syarat tercatat dalam perjanjian awal borang pendaftaran sebagai ahli sah koperasi. Walau bagaimanapun, pihak koperasi SMK Tandek Berhad akan mempertimbangkan alasan kukuh kelewatan tuntuntan balik dividen tidak melebihi masa 6 bulan daripada tarikh makluman iaitu berkuatkuasa 16 Febuari 2011. Harap maklum.
Sila rujuk senarai nama anda seperti tercatat berikut:- (ARAHAN: Sila Klik Pada Imej Untuk Saiz Besar)
Koperasi SMK Tandek Berhad telah didaftarkan secara Sah dibawah Pendaftar Koperasi Negeri Sabah pada 23 November 2004. Matlamat utama penubuhan koperasi adalah ingin membantu menyediakan barangan keperluan asas pelajar SMK Tandek seperti alat tulis, pakaian sukan, lencana, tali leher dan seumpamanya berdasarkan slogan "Harga Setanding atau Lebih Murah" berbanding harga pasaran.
madagascar
Banner
Menu
pink tail
Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE
Berita TERKINI Dari Semekta
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment