Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Wednesday, February 16, 2011

Lawatan 1-1 Club Jepun Ke SMK Tandek 2011

Sumber Photo Unit Media Semekta : En. Riduan & En. Majaron
(Lawatan 1-1 Club Jepun di Semekta Kali Ke-11 Pada 15 Feb 2011. Warga SMK Tandek menghargai jasa, keperihatinan konsep bumi hijau, sumbangan ikhlas, pengorbanan masa & tenaga, serta menjadi contoh usaha murni menyelamatkan bumi dengan menanam pelbagai jenis pokok berkualiti di sekitar sekolah sejak tahun 2000. Terima Kasih )































Tuesday, February 15, 2011

Monday, February 14, 2011

Hampir Terbakar....Suis di bilik setiausaha peperiksaan semekta



Bilik Unit Peperiksaan SMK Tandek, hampir terbakar disyaki apabila seekor cicak menyebabkan litar pintas sehingga suis aircond bilik tersebut terbakar. Terima Kasih kepada Cikgu Teddy Timbong kerana sempat menyelamat.

Program Melukis Banner Di Wetland Center Kota Kinabalu

Program Anjuran Wetland Center Kota Kinabalu telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Masidi Manjun-Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah pada 12 Feb 2011. SMK Tandek telah mendapat tempat ke-3 dengan meraih wang tunai RM400 dan sijil penghargaan kepada semua peserta program. Antara gambar kenangan manis sepanjang program:












Tuntut Dividen Koperasi Bermula Khamis (16 Feb 2011 - 16 Mei 2011)

Makluman kepada semua ahli berdaftar koperasi bahawa anda diwajibkan menuntut hak menerima agihan dividen 10% sepertimana dipersetujui dalam mesyuarat Agung tahun 2010 bermula pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16 Feb 2011 - 16 Mei 2011
Guru   : Cikgu Wan Norsiah (Bendahari Koperasi SMK Tandek Berhad)

Semua ahli diberi masa selama 3 bulan untuk menuntut pembayaran dividen masing-masing. Selepas tempoh tersebut maka dividen tersebut akan didermakan kepada pihak koperasi sepertimana syarat tercatat dalam perjanjian awal borang pendaftaran sebagai ahli sah koperasi. Walau bagaimanapun, pihak koperasi SMK Tandek Berhad akan mempertimbangkan alasan kukuh kelewatan tuntuntan balik dividen tidak melebihi masa 6 bulan daripada tarikh makluman iaitu berkuatkuasa 16 Febuari 2011. Harap maklum.

Sila rujuk senarai nama anda seperti tercatat berikut:- (ARAHAN: Sila Klik Pada Imej Untuk Saiz Besar)