Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Wednesday, October 27, 2010

Indoor Game (POST PMR)



Aksi-aksi hebat Program POSR PMR
Saya akan jadi JUARA !
Seronok, Gembira & Riang

Mesyuarat Kelab Staf SEMEKTA

Cikgu Julan mengetuai Kelab Staf SEMEKTA mengadakan mesyuarat khas hari ini bagi membincangkan perancangan pelaksanaan jamuan akhir tahun. Hasil perbincangan mesyuarat akan dimaklumkan kepada warga staf dalam masa terdekat.

Penentuan JUARA Tender

Proses pemindahan Peti Sebut Harga ke bilik mesyuarat untuk proses penilaian & tindakan lanjut.
Salah satu Peti Sebut Harga yang digunakan.  Tiada sebarang penggambaran dibenarkan sepanjang proses penilaian dokumen tender atas sebab maklumat setiap penender adalah sulit. Pihak SEMEKTA mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penender yang terlibat atas kerjasama & kesudian menyediakan maklumat lengkap sebut harga untuk dinilai.

Asas-Asas 1 Malaysia

Monday, October 25, 2010

Keputusan Piala Hasyahfiqa Jaya 2010

En. Hasirun Penganjur Utama Piala Hasyahfiqa Jaya 2010. Pihak SEMEKTA mengucapkan ribuan terima kasih atas sumbangan ikhlas & sokongan berterusan kepada pihak sekolah.
En. Keng Chuan Seng- Pengetua SMK Tandek menyampaikan Piala kepada JUARA Piala Hasyahfiqa Jaya 2010 SMK Tandek, En. Elvis & En. Falsius. SYABAS !
Naib Juara dimenangi oleh Pasukan En. Wong Fook Loi & En. Chung En Kiong
Kenangan para penerima hadiah dalam pertandingan badminton bagi Piala Hasyahfiqa Jaya Tahun 2010
Antara kenangan manis dengan aksi-aksi hebat para pemain badminton. Pihak SEMEKTA mengucapkan ribuan terima kasih atas penyertaan para peserta. "Menang & kalah adalah adat pertandingan". Justeru, syabas & tahniah diucapkan kepada yang menang manakala berusaha lagi bagi yang hampir menang. Jumpa Lagi Tahun Hadapan!    

Tebuan TEWAS ! Kes Selesai.

Sarang Tebuan sebelum jam 6 petang hari Jumaat 22 Oktober 2010
Keadaan lokasi Sarang Tebuan yang telah dimusnahkan & dibersihkan oleh Pasukan Bomba Kota Marudu. Warga Semekta tidak perlu risau serangan tebuan lagi
Tebuan berbisa Vespa tropica yang dimusnahkan demi keselamatan warga pelajar & penghuni SEMEKTA
Walaupun tindakan pemusnahan ini dianggap agak kejam...namun tiada pilihan
Kes Tebuan dianggap selesai...Terima Kasih Pasukan BOMBA Kota Marudu

1 Malaysia

Matlamat 1Malaysia adalah untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di dalam kepelbagaian ini yang selama ini menjadi kekuatan kita dan akan kekal sebagai bekalan terbaik kita untuk masa hadapan. [ Dipetik dari Laman Web Peribadi YAB. Dato' Sri Najib Razak Perdana Menteri Malaysia di URL : http://www.1malaysia.com.my/my/about/about-1malaysia/

Ilham Seorang Pemimpin & Wira Negara

Sunday, October 24, 2010

Saturday, October 23, 2010

LSB di Water World Theme Park

Kumpulan pelajar asrama SEMEKTA yang terlibat dalam program LSB di Water World Theme Park Kota Kinabalu. Guru pengiring yang terlibat dalam program ini termasuklah Cikgu Sungson, Cikgu Rinawati & Cikgu Latifah Ayang.
Ketibaan para pelajar di pintu masuk Water World Theme Park
Kelihatan Cikgu Sungson sedang memerhati para pelajar yang sedang bersuka ria dengan sukan air.
Pemandangan sekitar Water World Theme Park yang dilawati
Agak penat...tapi seronok. Terima Kasih SEMEKTA !

Kenangan Di Taman Tun Fuad Stephen

SEMEKTA sentiasa menyediakan peluang pembelajaran bermakna yang mampu meninggalkan kenangan & pengalaman manis di kalangan pelajarnya. Gambar menunjukkan kenangan pelaksanaan program LSB di Taman Tun Fuad Stephen, Kota Kinabalu yang lepas.

Friday, October 22, 2010

AJK SPBT SEMEKTA Cemerlang !

Sukarelawan yang dedikasi membantu AJK Guru SPBT melaksanakan Program 6M (Membersih, Mengemas, Menyusun,  Mengatur, Mengkategori & Menceria) buku teks dalam Stor SPBT Kelmarin
Proses 6M sedang dilaksanakan oleh pelajar & AJK Guru SPBT. Menurut sumber Cikgu Lydiawati Maidon-Setiausaha Eksekutif SPBT bahawa seramai 9 orang guru termasuk beliau terlibat secara langsung dalam mengemaskini stor SPBT. Antara guru yang tersenarai termasuklah Cikgu Lynorita, Cikgu Audrey, Cikgu Felicity, Cikgu Christina, Cikgu Juliah, Cikgu Farah, Cikgu Fauziah & Cikgu Wan Norsiah.
Keadaan Stor SPBT yang belum dikemaskan
Proses selepas Program 6M SPBT...Kelihatan kemas, teratur & selesa. Syabas & Tahniah AJK SPBT SEMEKTA !

Ancaman TEBUAN !

Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Kota Marudu telah dipanggil ke SEMEKTA hari ini bagi mengatasi masalah TEBUAN yang membahayakan keselamatan warga sekolah
Jenis tebuan "Vespa tropica " tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae yang akan dimusnahkan demi menjaga keselamatan Warga SEMEKTA
Lokasi sarang tebuan yang mengancam keselamatan warga SEMEKTA iaitu terletak di kediaman Warden Asrama Cikgu Sungson. Gambar kecil menunjukkan sarang tebuan yang dimaksudkan.
Tinjauan En. Gabuh- Pegawai Bomba & Penyelamat di lokasi terdapatnya sarang tebuan. Beliau sempat mengambil gambar untuk merekodkan saiz sarang & jenis tebuan yang terlibat. Menurut beliau, pihaknya akan mengambil tindakan memusnahkan sarang tebuan tersebut menggunakan kaedah semburan racun & bukannya menggunakan api. Ini kerana lokasi sarang tebuan tersebut berada di kediaman dan bukannya pada pokok atau dalam tanah. Operasi pemusnahan akan dijalankan pada jam 6 petang hari ini. Terima kasih Bomba !