Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, October 15, 2010

Program LBS Di Muzium Sabah & Water World Theme Park Kota Kinabalu


Pihak pentadbir SEMEKTA sentiasa prihatin tentang kebajikan & penyediaan peluang lawatan sambil belajar kepada warga pelajar sekolah. Seramai 24 pelajar asrama telah dipilih terlibat dalam "Program Lawatan Sambil Belajar Di Muzium Sabah & Water World Kota Kinabalu hari ini. Guru pengiring yang terlibat termasuklah Cikgu Sungson Gantar, Cikgu Latifah Ayang & Cikgu Rinawati Maikol.
Wajah Muzium Sabah & Sabah Water World Theme Park yang akan dilawat.
 KAMI BOLEH !
Situasi pagi ini sebelum para peserta bertolak ke destinasi yang dirancang. Menurut sumber Cikgu Sungson, pelbagai aktiviti menarik telah disediakan oleh AJK perancang program ini. Para pelajar diwajibkan membuat refleksi dengan kaedah catatan nota pengalaman sepanjang tempoh lawatan. 

No comments:

Post a Comment