Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Monday, April 25, 2011

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU, SABAH

BENNOL LAZIMIN
ANDYANTO JANILON
Pemantun Terbaik: NARTI BAIMAN
  Laporan Ringkas Guru Pengiring Cikgu Latifah & Cikgu Chrissia

Pertandingan berbalas pantun diadakan di SMK Bandau dan turut disertai oleh 6 buah sekolah iaitu SMK Tandek, SMK Kota Marudu, SMK Kota Marudu II, SMK Bengkongan, SMK Langkon dan SMK Bandau. Pertandingan ini dijalankan secara serentak kepada 6 pasukan yang bertanding. Pemenang bagi pertandingan ini akan mara ke peringkat separuh akhir.

SMK Tandek telah menewaskan SMK bandau dalam perlawanan yang pertama dan bertemu dengan SMK Kota Marudu II yang Berjaya menewaskan SMK Langkon dalam pusingan separuh akhir. Dalam pusingan separuh akhir pula SMK Tandek telah menewaskan SMK Kota Marudu II dengan perbezaan 20 markah. 

SMK Tandek kemudiannya mara ke pusingan akhir bertemu dengan SMK Kota Marudu. Dalam perlawanan yang berlangsung dalam masa 25 minit itu, menyaksikan SMK Tandek Berjaya menyandang gelaran juara pertandingan berbalas pantun, diikuti oleh SMK Kota Marudu tempat kedua dan tempat ketiga daripada pasukan SMK Kota Marudu II. 

Selain itu, Pasukan SMK Tandek juga muncul sebagai pemantun terbaik iaitu dimenangi oleh adik Narti Baiman. Pasukan SMK Tandek akan mewakili peringkat zon pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Guru pengiring juga dilantik sebagai HAKIM bagi pertandingan berbalas pantun.

No comments:

Post a Comment