Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, December 10, 2010

Syarat Permohonan PTPTN

Sumber daripada laman web PTPTN Online
Sila Klik Pada Imej Di Atas Untuk Paparan Sempurna

Untuk keterangan Lebih Lanjut sila ke laman web rasmi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional  http://www.ptptn.gov.my/gateway/

Thursday, December 9, 2010

Tips & Nasihat Ketika Membeli Insuran


·  Kenalpasti & pilih syarikat insurans berlesen melalui senarai semakan Bank Negara http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&lang=bm
·  Pilih & pastikan ejen insuran yang berlesen sah, dikenali & mudah dihubungi.
·  Dapatkan penerangan jelas jenis insuran yang diperlukan daripada ajen & syarikat insuran.
·  Buat sedikit pengumpulan maklumat mengenai perbandingan bayaran kadar premium
·  Tanya & fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
·  Kenalpasti jenis insuran yang sesuai untuk keperluan diri & elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
·  Semak & teliti tentang tarikh insurans anda berkuat kuasa
·  Isi borang permohonan anda dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan
·  Pastikan premium dibayar terus kepada syarikat insuran. Jika melalui ejen maka pastikan anda mendapat resit sebagai bukti sah pembayaran.
·  Baca, teliti & fahami polisi anda apabila anda menerimanya. Tanya ajen anda sebarang kemuskilan.
·  PENTING! Lazimnya anda mempunyai HAK MENOLAK POLISI dalam tempoh 15 hari yang dikenali sebagai tempoh bertenang. Gunakan hak anda sekiranya perlu bagi mengelakkan sebarang kerugian yang tidak diingini.

Saturday, November 20, 2010

Elaun AJK Koperasi SMK Tandek

ALK Kopearsi SMK Tandek Berhad telah membayar elaun bertugas AJK Kedai Koperasi sepanjang tahun 2010 bermula Jan-Nov. Ucapan ribuan terima kasih atas sumbangan & kerelaan setiap AJK bertugas membantu meningkatkan mutu perkhidmatan koperasi kepada warga Semekta.
Pembayaran elaun telah dijalankan pada 15 Nov 2010 oleh Cikgu Yap Miu Seng-Setiausaha Koperasi
Terima Kasih Koperasi ! Inilah laungan setiap AJK bertugas.
Para AJK bertugas menjaga kedai koperasi bukan sahaja dapat belajar ilmu kewangan, pengurusan & strategi perniagaan, berkomunikasi secara berkesan dengan pelangan, mengurus kedai, menyusun stok & belajar dalam bilik berhawa dingin namun tetap diberikan ganjaran elaun bertugas. Terima Kasih AJK koperasi.

Cabutan Bertuah

" Majlis Makan Malam Tahunan Semekta 18 Nov 2010 di Restaurent Marudu Inn, Kota Marudu " adalah majlis yang paling gembira, seronok, meriah, cemerlang & mencemaskan setakat ini kerana pelbagai hadiah, hamper & permainan dahsyat diperkenalkan. Syabas & tahniah kepada pihak ketua pentadbir En. Keng Chuan Seng-Pengetua Semekta & pasukanya kerana usaha mendapat sokongan penaja menyediakan pelbagai hamper menarik kepada guru & tetamu yang bertuah. Syabas & tahniah juga kepada Cikgu Julan -Pengerusi Kelab Staf & pasukannya atas usaha cemerlang memilih lokasi strategik, persekitaran aman ceria, makanan enak serta lazat, hiburan mantap & permainan dahsyat yang pasti meninggalkan seribu satu macam kenangan. Berikut adalah beberapa contoh orang guru yang bernasib baik kerana mendapat cabutan bertuah...TAHNIAH !

Friday, November 19, 2010

Testimoni Wahana Semekta 2010

Chalme J. : Pelajar 6 Atas Ekonomi
"Majalah sekolah tahun ini banyak maklumat & gambar peristiwa...Best!" 
Rosti : Pelajar 6 Atas Ekonomi
"Saya berpendapat ini adalah majalah TERBAIK dengan muka depan yang istimewa"
Liza : Pelajar 2 Jujur
"Majalah yang berkualiti kerana boleh menjadi sumber inspirasi"
Herly Florincy : Pelajar 3 Jujur (Kiri) & Cleyra : Pelajar 1 Dedikasi
"Kami suka majalah sekolah tahun ini sebab cantik & banyak maklumat"
Siti Norfaezah : Pelajar 3 Amanah
" Cantik, kemas & banyak maklumat menarik"
Monalisa : Pelajar 5 KM 1
"Gembira dapat majalah yang berkualiti kerana banyak gambar menarik"
Ak MD. Azhari : Pelajar 4 IK 2
" Majalah bagus! Saya boleh kenali guru yang tidak mengajar kelas saya daripada paparan gambar"

Rikho : Pelajar 4 KM 1
" Kreativiti meningkat berbanding majalah lepas & banyak kata-kata semangat. Ruang lawak best!"
Rickey Well : Pelajar 4 IK 2
"Smart & berkualiti sebab ada gambar saya"
Suhaimi : Pelajar 5 KM1
"Cantik & Smart"
Dikty Iskandariah (Kiri) & Azyeta Chee (Kanan) : Pelajar 5 SC
"Cantik & bermutu...tetapi gambar kelas tiada warna. Perlu banyakkan karya pelajar seperti cerpen"

Majlis Restu Pelajar STPM 2010

 En. Lazimin Pansang-Penyelaras Tingkatan 6 telah mengadakan Majlis Restu bagi pelajar tingkatan 6 hari ini 19 Nov 2010 di Dewan Perdana Semekta yang bakal menghadapi peperiksaan STPM. Para guru tingkatan enam mendoakan agar semua anak didik mampu mencapai kecemerlangan & keputusan baik dalam STPM 2010. Semoga Berjaya!

Penyedian Dewan & Kelas Peperiksaan SPM & STPM 2010

Hari ini 19 Nov 2010, Setiausaha Peperiksaan SPM Semekta -Cikgu Samuel memberi penerangan kepada pelajar tentang kedudukan sebenar kerusi meja yang harus disusun untuk tujuan peperiksaan
Proses penyediaan kelas untuk peperiksaan STPM yang akan bermula pada selasa depan 23 Nov 2010

Hari Penyampaian Rekod Kemajuan Pelajar

Program Menyerahkan Rekod Kemajuan & Pencapaian Pelajar dijalankan hari ini 19 Nov 2010 (Jumaat)