Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Thursday, December 9, 2010

Tips & Nasihat Ketika Membeli Insuran


·  Kenalpasti & pilih syarikat insurans berlesen melalui senarai semakan Bank Negara http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=13&cat=insurance&lang=bm
·  Pilih & pastikan ejen insuran yang berlesen sah, dikenali & mudah dihubungi.
·  Dapatkan penerangan jelas jenis insuran yang diperlukan daripada ajen & syarikat insuran.
·  Buat sedikit pengumpulan maklumat mengenai perbandingan bayaran kadar premium
·  Tanya & fahami skop perlindungan, terma dan syarat polisi
·  Kenalpasti jenis insuran yang sesuai untuk keperluan diri & elakkan sebarang perlindungan yang tidak perlu
·  Semak & teliti tentang tarikh insurans anda berkuat kuasa
·  Isi borang permohonan anda dengan teliti sebelum menurunkan tandatangan
·  Pastikan premium dibayar terus kepada syarikat insuran. Jika melalui ejen maka pastikan anda mendapat resit sebagai bukti sah pembayaran.
·  Baca, teliti & fahami polisi anda apabila anda menerimanya. Tanya ajen anda sebarang kemuskilan.
·  PENTING! Lazimnya anda mempunyai HAK MENOLAK POLISI dalam tempoh 15 hari yang dikenali sebagai tempoh bertenang. Gunakan hak anda sekiranya perlu bagi mengelakkan sebarang kerugian yang tidak diingini.

No comments:

Post a Comment