Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Tuesday, August 9, 2011

Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM

MuatTurun/ Download PERCUMA




Revisi Komprehensif Bahasa Melayu SPM
Diterbit oleh Afterschool.my dengan kerjasama Dr. D. Kathiresan PhD (Pegarang lebih 60 buku revisi Bahasa Melayu dan Kesusasteraan)

Format Terbaru Edisi 2011
Nota Padat Format SPM
Panduan Menjawab
Analisis
Sampel Jawapan
367 Muka Surat




Sila Rujuk Halaman Web AfterSchool Online dengan klik URL: http://afterschool.my/revision/

Thursday, August 4, 2011

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD



Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) nama asalnya ialah Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (YPGKB) telah diperbadankan pada 07 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ tidak mempunyai saham. Hasrat penubuhan YGMB adalah untuk menyatu dan menggemblengseluruh warga pendidik dan anggota Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi meningkatkan martabat dan maruah warga pendidik.


Objektif utama YGMB ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan warga pendidik khasnya ahli – ahli Yayasan melalui bantuan yang meliputi pendidikan, kesihatan, khairat / derma kematian, bencana dan sebagainya.

Meningkatkan ekonomi warga pendidik melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang akan diceburi oleh anak – anak syarikatnya, terutamanya dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan dan pembangunan hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.
Matlamat utama YGMB adalah untuk meningkatkan maruah dan martabat profesyen keguruan. Bagi mencapai matlamat ini, YGMB melalui anak – anak syarikatnya akan melabur dalam pelbagai bidang perniagaan yang mengguntungkan. Keuntungan pendapatan daripada anak – anak syarikat ini akan disalurkan kepada YGMB untuk tujuan kebajikan ahli – ahlinya. Matlamat ini juga adalah selaras dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia ke arahMeningkatkan Martabat Guru”.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Layari Halaman Web

Download / Muat Turun Borang
http://ygmb.com.my/downloads/

MUNGKIN ANDA ADA PERSOALAN? Sila Klik link berikut
http://ygmb.com.my/faq/

Taklimat Penilaian Berasaskan Sekolah

 
 

Wednesday, August 3, 2011

Post-Mortem Pameran Sains II Semekta 2011

 
 
 
Tuan Pengetua En. Keng Chuan Seng mengucapkan syabas & tahniah kepada semua guru sains matematik yang berjaya melaksanakan program pameran sains II semekta pada 25-28 Julai 2011 di Dewan Perdana. Secara keseluruhannya, pihak pentadbir amat berpuas hati kerana peningkatan ketara dari segi persediaan bahan & sambutan pelajar di kaunter pameran. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak ruang untuk memperbaiki serta meningkatkan atau memurnikan bahan pameran sedia ada. 

Semekta Boleh !

 
 
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan semekta atas usaha & kejayaan di peringkat kebangsaan dalam pertandingan PetroSains 2011. Tahniah !