Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Thursday, August 4, 2011

YAYASAN GURU MALAYSIA BERHAD



Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) nama asalnya ialah Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (YPGKB) telah diperbadankan pada 07 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ tidak mempunyai saham. Hasrat penubuhan YGMB adalah untuk menyatu dan menggemblengseluruh warga pendidik dan anggota Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi meningkatkan martabat dan maruah warga pendidik.


Objektif utama YGMB ditubuhkan adalah untuk memajukan kebajikan warga pendidik khasnya ahli – ahli Yayasan melalui bantuan yang meliputi pendidikan, kesihatan, khairat / derma kematian, bencana dan sebagainya.

Meningkatkan ekonomi warga pendidik melalui pelbagai aktiviti perniagaan yang akan diceburi oleh anak – anak syarikatnya, terutamanya dalam bidang kewangan, pengurusan dana, pembinaan dan pembangunan hartanah, pelancongan dan perhotelan, pembekalan dan sebagainya.
Matlamat utama YGMB adalah untuk meningkatkan maruah dan martabat profesyen keguruan. Bagi mencapai matlamat ini, YGMB melalui anak – anak syarikatnya akan melabur dalam pelbagai bidang perniagaan yang mengguntungkan. Keuntungan pendapatan daripada anak – anak syarikat ini akan disalurkan kepada YGMB untuk tujuan kebajikan ahli – ahlinya. Matlamat ini juga adalah selaras dengan sasaran kerja utama Kementerian Pelajaran Malaysia ke arahMeningkatkan Martabat Guru”.

Untuk Keterangan Lanjut Sila Layari Halaman Web

Download / Muat Turun Borang
http://ygmb.com.my/downloads/

MUNGKIN ANDA ADA PERSOALAN? Sila Klik link berikut
http://ygmb.com.my/faq/

No comments:

Post a Comment