Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, April 29, 2011

Mesyuarat Kali Ke-2 Pameran Sains Semekta 2011

 
 
 
Cikgu Majaron-Ketua Bidang Sains menerangkan dengan memberikan contoh pelaksanaan pameran sains. Idea pihak pentadbir juga diambil perhatian dan perbincangan tertumpu kepada strategi serta persediaan pameran sains. 

Wednesday, April 27, 2011

Perangkap Nyamuk Semekta

Sistem perangkap nyamuk yang diilhamkan oleh Tuan Pengetua Semekta sedang diuji keberkesanannya oleh En. Majaron -Ketua Bidang Sains Semekta. Tahniah

Monday, April 25, 2011

Pertandingan Kawat Kaki Unit Beruniform Semekta

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tarikh Pertandingan : 25 April 2011 Tempat: Gelanggang Bola Keranjang Semekta

Program Gala Kokurikulum Peringkat Kebangsaan 2011

Tahniah !
 
Helna Kowiom Pelajar 4 Sains Tulen Semekta

Semekta Sekolah Prihatin

En. Bonar M.-PK Hem Semekta Menyalurkan Sumbangan Ikhlas Warga Semekta Kepada Pelajar 4KMI

Ceramah Jenayah Oleh Insp. Mohd Zulkairi-Pegawai Penyiasat Jenayah

 
 
 
 
 
 
 
 
Ceramah tentang jenayah, hukuman serta pencegahan telah disampaikan oleh Insp. Mohd Zulkairi Bin Md. Daud-Pegawai Penyiasat Jenayah Daerah IPD Kota Marudu, Sabah di Dewan Perdana Semekta hari ini 25 April 2011

PERTANDINGAN BERBALAS PANTUN PERINGKAT DAERAH KOTA MARUDU, SABAH

BENNOL LAZIMIN
ANDYANTO JANILON
Pemantun Terbaik: NARTI BAIMAN
  Laporan Ringkas Guru Pengiring Cikgu Latifah & Cikgu Chrissia

Pertandingan berbalas pantun diadakan di SMK Bandau dan turut disertai oleh 6 buah sekolah iaitu SMK Tandek, SMK Kota Marudu, SMK Kota Marudu II, SMK Bengkongan, SMK Langkon dan SMK Bandau. Pertandingan ini dijalankan secara serentak kepada 6 pasukan yang bertanding. Pemenang bagi pertandingan ini akan mara ke peringkat separuh akhir.

SMK Tandek telah menewaskan SMK bandau dalam perlawanan yang pertama dan bertemu dengan SMK Kota Marudu II yang Berjaya menewaskan SMK Langkon dalam pusingan separuh akhir. Dalam pusingan separuh akhir pula SMK Tandek telah menewaskan SMK Kota Marudu II dengan perbezaan 20 markah. 

SMK Tandek kemudiannya mara ke pusingan akhir bertemu dengan SMK Kota Marudu. Dalam perlawanan yang berlangsung dalam masa 25 minit itu, menyaksikan SMK Tandek Berjaya menyandang gelaran juara pertandingan berbalas pantun, diikuti oleh SMK Kota Marudu tempat kedua dan tempat ketiga daripada pasukan SMK Kota Marudu II. 

Selain itu, Pasukan SMK Tandek juga muncul sebagai pemantun terbaik iaitu dimenangi oleh adik Narti Baiman. Pasukan SMK Tandek akan mewakili peringkat zon pada masa yang akan ditetapkan kemudian. Guru pengiring juga dilantik sebagai HAKIM bagi pertandingan berbalas pantun.

Sunday, April 24, 2011

AWAS! Diperdaya Rakan Facebook

PUTRAJAYA: Seorang pelajar kolej swasta di ibu negara diperdaya seorang lelaki warga Afrika untuk membawa 100 pil seberat 600 gram dipercayai dadah jenis heroin ke China dengan bayaran RM5,000. Akibatnya, mangsa yang berusia 22 tahun ditahan pihak berkuasa tempatan di Lapangan Terbang Shenzen, China pada 11 Mac lalu kerana disyaki membawa dadah di dalam tubuh dengan cara menelan. Mangsa dipercayai.....Sila klik pada pautan berikut untuk artikel penuh Hayati Ibrahim di MyMetro Online: http://www.hmetro.com.my/articles/DiperdayarakanFacebook/Article/artikelMA

Sistem Tulisan Orang Buta - "Braille"

Kenali sistem huruf orang buta dengan menghafal posisi pada bintik hitam

Thursday, April 21, 2011

Kenangan Perbahasan BI Ala Parlimen Peringkat Zon 2011


Keputusan Pertandingan Perbahasan BI Peringkat Zon Tahun 2011

 Johan: Daerah Kota Marudu
 Naib Johan : Daerah Kota Belud
Tempat Ke-3 : Daerah Pitas

Syabas Cikgu Dex Wong

Cikgu Dex Wong-Ketua Bidang Kemanusiaan Semekta
(Dipilih menjadi hakim dalam pertandingan Perbahasan Bahasa Inggeris Ala Parlimen Peringkat Zon. Beliau dihargai kerana berpengalaman lebih 10 tahun menjadi hakim pertandingan Bahasa Inggeris. Tahniah !)

Pengagihan Seragam & Keperluan PBSM

 
 
 
 
 
 
 
Persatuan PBSM Semekta melaksanakan proses pengagihan seragam percuma kepada warga pelajar semekta yang terpilih berdasarkan kriteria ahli aktif & sentiasa menunjukkan komitmen