Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, October 22, 2010

Ancaman TEBUAN !

Bomba & Penyelamat Malaysia Cawangan Kota Marudu telah dipanggil ke SEMEKTA hari ini bagi mengatasi masalah TEBUAN yang membahayakan keselamatan warga sekolah
Jenis tebuan "Vespa tropica " tergolong dalam Order Hymenoptera, Family Vespidae yang akan dimusnahkan demi menjaga keselamatan Warga SEMEKTA
Lokasi sarang tebuan yang mengancam keselamatan warga SEMEKTA iaitu terletak di kediaman Warden Asrama Cikgu Sungson. Gambar kecil menunjukkan sarang tebuan yang dimaksudkan.
Tinjauan En. Gabuh- Pegawai Bomba & Penyelamat di lokasi terdapatnya sarang tebuan. Beliau sempat mengambil gambar untuk merekodkan saiz sarang & jenis tebuan yang terlibat. Menurut beliau, pihaknya akan mengambil tindakan memusnahkan sarang tebuan tersebut menggunakan kaedah semburan racun & bukannya menggunakan api. Ini kerana lokasi sarang tebuan tersebut berada di kediaman dan bukannya pada pokok atau dalam tanah. Operasi pemusnahan akan dijalankan pada jam 6 petang hari ini. Terima kasih Bomba !

No comments:

Post a Comment