Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Wednesday, July 28, 2010

Pameran Khas Minggu Koperasi

 Sambutan Pameran Maklumat Di Ruang Unit Bimbingan & Kaunseling (UBK)
 Proses Penyediaan Ruang Pameran oleh AJK Koperasi di UBK
 Seronok Dapat Bantu Menganjurkan Minggu Koperasi Tahun 2010
 Pelajar Sedang Membaca Maklumat Pameran
Maklumat Terkini & Bernilai !

Wednesday, July 21, 2010

Hadiah Istimewa Khas Bernilai RM 350.00 Sempena Minggu Koperasi 2010

 AJK Koperasi Sedang Membantu Menyediakan Hadiah
 Cikgu Rosmadi & Cikgu Wan Norsiah Bersedia Mengedarkan Hadiah Kepada Pemenang
Tidak Rugi Menyertai Semua Aktiviti Sempena Minggu Koperasi
 Ketua Bidang Sains-Cikgu Majaron Menyampaikan Hadiah
 Penolong Kanan 1-En. Androd Sadian Menyampaikan Hadiah

Saturday, July 17, 2010

Pertandingan Batu Seremban Sempena Minggu Koperasi SMK Tandek 2010

 Sambutan Meriah Permainan Batu Seremban
 Kelihatan Wajah Seronok Para Peserta
 Terlalu Asyik Dengan Pertandingan
Penyeliaan Cikgu Rosmadi Dalam Pertandingan Batu Seremban Sesi Petang

Friday, July 16, 2010

Pertandingan Rubik Kiub Sempena Minggu Koperasi SMK Tandek 2010

 Peserta Rubik Kiub Sesi Pagi Menunjukkan Kehebatan Masing-masing Mencipta Rekod Terpantas
Sambutan Meriah Sesi Petang Terhadap Pertandingan Rubik Kiub

 Para Peserta Gembira Semasa Bertanding

Yakin & Pantas !
Tenang Menghadapi Pertandingan


Aktiviti Minggu Koperasi 2010




 Nama Program        :     Program Minggu Koperasi SMK Tandek tahun 2010
Tema                        :    “ Kreativiti dan Inovasi Memperkasa Koperasi Sekolah ”
Tarikh Pelaksanaan   :     12 Julai 2010 hingga 15 Julai 2010 ( Isnin hingga Khamis )
Tempat                     :     Sekolah Menengah Kebangsaan Tandek, Kota Marudu
             
MATLAMAT DAN OBJEKTIF

o       Mendedahkan kepada pelajar tentang fungsi, peranan dan manfaat koperasi kepada pelajar.

o       Mengeratkan hubungan dan kerjasama antara ahli lembaga koperasi dengan warga SMK Tandek melalui pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

o       Menyemaikan semangat keusahawanan dan perniagaan melalui ceramah dan taklimat khas daripada Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

o       Menggalakkan pelajar menyumbang idea dan saranan untuk memajukan serta memperkukuhkan pengurusan, pentadiran dan perniagaan koperasi sekolah.

o       Memberi penghargaan kepada ahli koperasi di atas penglibatan aktiviti atau sumbangan yang telah diberikan terhadap kemajuan koperasi.

Majlis Pelancaran Blog Koperasi Sempena Minggu Koperasi SMK Tandek 2010

Pelancaran Blog Koperasi SMK Tandek yang telah disempurnakan oleh En. Androd Sadian, Penolong Kanan 1 SMK Tandek, Kota Marudu di Majlis Perasmian & Penutupan Minggu Koperasi.
Ucapan penghargaan tidak terhingga oleh En. Keng Chuan Seng selaku Pengetua dan Pengerusi Koperasi SMK Tandek dalam Program Pelancaran Blog Koperasi SMK Tandek, Kota Marudu.

Perutusan Yang Berusaha En. Keng Chuan Seng, Pengerusi Koperasi SMK Tandek


Selamat sejahtera dan "Salam 1 Malaysia". Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Bertugas Koperasi kerana berjaya memberikan perkhidmatan kepada warga pelajar SMK Tandek. Saya yakin bahawa usaha gigih barisan ALK selama ini telah memberi keyakinan dan rasa bangga di kalangan warga sekolah. Ini jelas hasil perjuangan, kesediaan pengorbanan dan rasa tanggungjawab di kalangan ALK telah memperlihatkan peningkatan mutu perkhidmatan koperasi.

Selaku Pengerusi ALK, saya berasa amat gembira di atas kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh barisan ALK yang terdiri daripada kalangan guru dan pelajar. Pelancaran blog koperasi SMK Tandek umpamanya pada hari ini adalah sebahagian usaha koperasi sekolah meningkatkan mutu perkhidmatan. Diharapkan melalui pembangunan blog ini dapat menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai koperasi kepada semua ahli yang berdaftar. Semua berita terkini mahupun cadangan semua pihak dapat disalurkan langsung dengan pantas bagi tindakan dan pertimbangan selanjutnya oleh Ahli Lembaga Koperasi.

Akhir kata, dengan pengamalan slogan " Harga Setanding atau Lebih Murah" maka saya yakin koperasi akan terus mendapat tempat di hati warga SMK Tandek.

Wednesday, July 14, 2010

Minggu Koperasi SMK Tandek Tahun 2010

Tema Minggu Koperasi : "Kreativiti dan Inovasi Memperkasa Koperasi Sekolah "

Antara aktiviti menarik sepanjang Minggu Koperasi SMK Tandek tahun 2010

1. Pertandingan Batu Seremban
2. Pertandingan Rubik Kiub.
3. Pertandingan Meneka Silang Kata Berasaskan Soalan Konsep Keusahawanan
4. Pameran Maklumat Terkini Oleh Koperasi dan Kerjasama Setiap Panitia di UBK.
5. Taklimat Khas Koperasi Kepada Pelajar Tingkatan Satu oleh Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).
6. Pendaftaran Ahli Baru Koperasi Tingkatan satu.
7. Meneka Bilangan Tepat Item Berikut Dalam Bekas Botol ( penutup botol dan penutup tin minuman)