Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, July 16, 2010

Perutusan Yang Berusaha En. Keng Chuan Seng, Pengerusi Koperasi SMK Tandek


Selamat sejahtera dan "Salam 1 Malaysia". Tahniah dan syabas diucapkan kepada barisan Ahli Lembaga dan Ahli Jawatankuasa Bertugas Koperasi kerana berjaya memberikan perkhidmatan kepada warga pelajar SMK Tandek. Saya yakin bahawa usaha gigih barisan ALK selama ini telah memberi keyakinan dan rasa bangga di kalangan warga sekolah. Ini jelas hasil perjuangan, kesediaan pengorbanan dan rasa tanggungjawab di kalangan ALK telah memperlihatkan peningkatan mutu perkhidmatan koperasi.

Selaku Pengerusi ALK, saya berasa amat gembira di atas kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh barisan ALK yang terdiri daripada kalangan guru dan pelajar. Pelancaran blog koperasi SMK Tandek umpamanya pada hari ini adalah sebahagian usaha koperasi sekolah meningkatkan mutu perkhidmatan. Diharapkan melalui pembangunan blog ini dapat menyalurkan maklumat dan perkembangan terkini mengenai koperasi kepada semua ahli yang berdaftar. Semua berita terkini mahupun cadangan semua pihak dapat disalurkan langsung dengan pantas bagi tindakan dan pertimbangan selanjutnya oleh Ahli Lembaga Koperasi.

Akhir kata, dengan pengamalan slogan " Harga Setanding atau Lebih Murah" maka saya yakin koperasi akan terus mendapat tempat di hati warga SMK Tandek.