Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Thursday, February 17, 2011

Pemantauan Program MISUP

Pihak Pentadbir Semekta telah merancang, mengatur dan melaksanakan program kecemerlangan akademik berdasarkan minat pelajar terhadap sukan dan permainan sejank tahun 2009. Program ini dinamakan MISUP (Minat Sukan Untuk Prestasi) merupakan idea utama Pengetua SMK Tandek, En. Keng Chuan Seng.


Menurut sumber En. Majaron- Pengurus Program MISUP Badminton Semekta bahawa para pelajar yang mengikuti program ini harus menunaikan satu syarat, iaitu mereka mestilah meningkatkan peratusan kelulusan untuk empat mata pelajaran yang terpilih iaitu BM, BI, SN dan Mat. Terdapat beberapa program MISUP yang ditawarkan kepada pelajar asrama, diantaranya ialah MISUP Badminton, MISUP Bola Tampar, MISUP Bola Jaring dan MISUP Bola Keranjang. Semua program kecemerlangan ini disasarkan kepada pelajar asrama kerana mereka tidak ada halangan untuk datang sesi latihan.


Motivasi pelajar untuk belajar ditingkatkan apabila mereka diberikan kemudahan untuk bermain permainan yang mereka minati. Contohnya, ramai pelajar yang berminat untuk bermain Badminton, tapi tidak semua mereka dapat bermain permainan itu kerana tidak ada raket. Pihak sekolah memenuhi keinginan pelajar tersebut dengan menyediakan semua kemudahan untuk bermain Badminton seperti raket, net, bulutangkis dan dewan. Tidak cukup dengan itu, pelajar juga diberikan klinik atau latihan asas permainan ini. 


Daripada analisis yang telah dibuat, didapati program ini amat berkesan. Lebih 80%  daripada ahli MISUP berjaya meningkatkan prestasi mata pelajaran yang telah ditentukan. Pihak Pengetua En. Keng sekali lagi mengingatkan para pelajar kepentingan menyeimbangkan prestasi kurikulum & aktiviti Ko-Kurikulum di Dewan Semekta pagi ini bertarikh 17 Feb 2011.
















No comments:

Post a Comment