Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Monday, January 3, 2011

Pemantauan Khas Pegawai KPM Ke Semekta

Tuan Jame Alip (ASDK, BSK)- Pengarah Bahagian Buku Teks Kementerian Pelajaran Malaysia, ditemani oleh En.Bungsu Bin Gaga -Penolong Pengarah Unit Kepiawaian & Keutuhan KPM serta En. Jainim Samaron- Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu mengadakan pemantauan khas di Semekta hari ini 3 Jan 2011.
En. Keng Chuan Seng-Pengetua SMK Tandek memberikan taklimat ringkas kepada Tuan Jame Alip Pengarah SPBT tentang usaha peningkatan kualiti pengurusan stok & pinjaman buku teks kepada pelajar. Pihak tuan pengarah mengucapkan tahniah & syabas kepada pentadbir Semekta kerana berjaya  menggunakan sistem kod bar bagi memudahkan proses pengesahan pinjaman buku teks. Pihaknya amat berpuas hati dengan pengurusan stok buku teks Semekta serta persediaan lengkap menghadapi hari persekolahan pertama hari ini.
En. Bungsu Bin Gaga- Penolong Pengarah Unit Kepiawaian & Keutuhan menerima laporan daripada En. Androd Sadian- Penolong Kanan 1 SMK Tandek.
Tuan Jame Alip tertarik dengan keindahan persekitaran sekolah dan memuji pengurusan pihak pentadbir kerana berjaya menghias sekolah dengan pelbagai pokok bunga serta pokok buah-buahan. Menurut sumber En.Keng Chuan Seng, pelbagai pokok buah-buahan tempatan seperti buah kedongdong, manggis, rambutan, mangga dan betik telah ditanam di persekitaran sekolah.
Bagi tujuan keceriaan & pembelajaran warga pelajar Semekta, pihak Tuan Jame Alip mencadangkan pembinaan arca seperti alat ketam padi bagi memperingati & menghargai usaha petani padi terdahulu di samping pembelajaran baru dalam buku teks tentang cara moden pengetaman padi.
Tuan Jame Alip sempat bertanya khabar kepada pelajar semekta.
"Apa khabar?...Apakah cita-cita anda?" antara soalan ringkas yang dikemukakan
Pihak pentadbir Semekta mengucapkan terima atas kerjasama dan sokongan padu pegawai KPM
Syabas!

No comments:

Post a Comment