Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Monday, January 3, 2011

Perhimpunan Pertama Semekta 2011

En. Keng Chuan Seng-Pengetua Semekta mengucapkan selamat tahun baru & selamat kembali ke sekolah. Pihaknya berharap warga Semekta mempunyai azam & semangat baru di samping berusaha lebih tekun.
Tuan pengetua memaklumkan bahawa pencapaian PMR tahun 2010 memperlihatkan peningkatan 2.20% berbanding tahun sebelumnya. Menurut beliau, pihak pentadbir telah merancang dan akan mengatur lebih banyak program khas tahun ini untuk meningkatkan lagi prestasi pelajar.
Para guru diharapkan dapat merancang & melaksanakan lebih banyak program lawatan sambil belajar untuk warga pelajar semekta. Suasana pembelajaran akan lebih bermakna, menyeronokkan dan pasti meninggalkan pengalaman bermakna di alam persekolahan.
Barisan warga pelajar yang sedia menyahut cabaran tahun 2011

No comments:

Post a Comment