Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Friday, March 4, 2011

PERTANDINGAN KEPENGGUNAAN SEMPENA HARI PENGGUNA MALAYSIA 2011


SELAMAT ULANG TAHUN KE-10!
Tahun 2011 merupakan ulang tahun Ke-10 bagi Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia yang dianjurkan oleh FOMCA sejak tahun 2002. FOMCA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu FOMCA dalam menjayakan program ini, terutamanya para guru di sekolah, ibu bapa yang sering member sokongan kepada anak-anak mereka yang menyertai pertandingan dan pihak penaja. Sambutan orang ramai terhadap program ini telah meningkat tahun demi tahun.

Atas sokongan orang ramai, Pertandingan Kepenggunaan sempena Hari Pengguna Malaysia ini telah berjaya mencatatkan sejarah apabila FOMCA menerima sijil pengiktirafan “Penyertaan Terbanyak Pertandingan Kepenggunaan” daripada Malaysia Book of Records pada tahun 2010. Pertandingan Kepenggunaan pada tahun 2010 telah mendapat penyertaan sebanyak 61,044, iaitu tertinggi semenjak pertandingan ini diadakan pada tahun 2002.

Pada tahun ini, beberapa perubahan telah dilakukan ke atas kategori dan jenis pertandingan. Memandangkan Pertandingan Esei dan Poster Kepenggunaan merupakan pertandingan yang mendapat penyertaan yang paling banyak, pihak FOMCA telah mengasingkan pertandingan kategori Sekolah Menengah kepada Kategori Menengah Rendah dan Kategori Menengah Atas. Para peserta juga boleh memilih untuk melukis dan mereka poster penyertaan sama ada dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Cina atau Tamil. Selain itu, Pertandingan Mereka Poster Grafik juga merupakan pertandingan baru.

Pertandingan Fotografi telah dijadikan dua kategori, iaitu Kategori Pelajar Sekolah dan Kategori Umum. Selain itu, Pertandingan Folio telah ditukar kepada satu pertandingan yang lebih komprehensif, iaitu Pertandingan “Speak Up”. Pertandingan ini bukan sahaja menguji para pelajar untuk membuat kajian tentang sesuatu topik atau isu komuniti, malah memerlukan para pelajar untuk mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah tersebut. Atas sokongan daripada Jabatan Standards Malaysia (STANDARDS MALAYSIA), kumpulan terpilih akan menerima dana bagi melaksanakan projek tersebut. Hadiah tambahan juga akan diberikan kepada kumpulan terbaik.

Bagi mengiktiraf dan menggalakkan usaha para guru dan sekolah dalam membimbing penyertaan pelajar, hadiah wang tunai bagi Anugerah Penyertaan Terbanyak peringkat sekolah telah ditambah.Click to EnlargeSelain itu, 10 hadiah sagu hati berupa Sijil Pengiktirafan akan diberikan kepada 10 sekolah bagi setiap kategori. FOMCA berharap Pertandingan Kepenggunaan pada tahun ini akan menjadi lebih meriah dengan lebih banyak penyertaan daripada orang ramai. Untuk sebarang maklumat lanjut, sila hubungi Urusetia HPM.

Sekian, terima kasih.

Datuk Marimuthu Nadason
Presiden, FOMCA


No comments:

Post a Comment