Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Wednesday, November 3, 2010

Majlis Penutupan Program POST PMR 2010

Cikgu Amran Mohd. Zam Zam-Penolong Kanan Kokurikulum Semekta berasa bersyukur dapat mengadakan majlis penutupan hari ini. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan guru POST PMR kerana kerjasama & berjaya melaksanakan tanggungjawab dengan cemerlang.
En. Keng Chuan Seng-Pengetua SMK Tandek dijemput merasmi seterusnya menutup majlis Program POST PMR 2010 di Dewan Perdana Semekta. Beliau mengucapkan tahniah & syabas kepada Cikgu Amran selaku PK Kokurikulum serta pasukanya kerana berjaya mengadakan program POST PMR tahun 2010.
Kata Bestari pengetua, "Minda Yang Kosong Adalah Medan Permainan Syaitan", Oleh itu, beliau berharap para pelajar dapat mempelajari sesuatu berfaedah di samping berseronok melalui pengisian & pelaksanan program bermakna ini selepas peperiksaan PMR .
Situasi pelajar menikmati pelbagai persembahan bakat oleh rakan-rakan
Persembahan koir
Persembahan Alat Muzik Tradisional "Sompoton"
Persembahan Tarian tradisional
En. Keng Chuan Seng-Pengetua Semekta sedang menyampaian hadiah kepada salah seorang pemenang dalam aktiviti POST PMR
Penyampaian hadiah oleh Cikgu Amran- Penolong Kanan Kokurikulum Semekta

No comments:

Post a Comment