Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Wednesday, November 10, 2010

Perhimpunan Khas Semekta

Semekta mengadakan perhimpunan khas hari ini 10 Nov 2010 bagi menyalurkan beberapa maklumat muktahir kepada warga pelajar & guru
Para pelajar mengambil perhatian terhadap maklumat yang disampaikan oleh guru. Antaranya termasuklah proses pengagihan Wahana Semekta 2010 dijangka bermula pada minggu hadapan oleh Cikgu Julan, pesanan kehadiran wajib ahli koperasi ke Mesyuarat Agung Koperasi pada hari Isnin di Dewan Semekta oleh Cikgu Yap & warga pelajar diharapkan dapat mengekalkan tahap disiplin yang baik oleh PK 1 Cikgu Bonar.
Ucapan En. Keng Chuan Seng (Pengetua), memberi amanat tentang kepentingan fokus kepada kurikulum serta melipat gandakan usaha menghadapi peperiksaan SPM @ STPM, makluman tentang Majlis Konvo Tingkatan 6 pada hari selasa hadapan, Cuti Hari Raya Korban pada hari rabu depan, program merentas desa, mesyuarat kurikulum serta majlis akhir tahun guru pada hari khamis dan peringatan tentang majlis penyampaian buku kemajuan pelajar pada hari jumaat depan.

No comments:

Post a Comment