Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Tuesday, November 2, 2010

Pemantauan BOSS?

Proses pemantauan BOSS telah dijalankan hari ini oleh Pegawai Pelajaran Daerah Kota Marudu. BOSS yang dimaksudkan adalah singkatan Bilik Operasi SPBT Sekolah.
Pn. Alina Andawai-Pegawai Bahagian HEM PPD membuat pemantauan BOSS di SEMEKTA hari ini. Kelihatan Cikgu Lydiawati-Ketua SPBT sedang menunjukkan fail-fail penting kepada pegawai untuk disemak.
Kelihatan En. Mohd. Nor Shamsudin (kiri) & En. Norbert (kanan) - Pegawai dari PPD yang turut hadir bagi tujuan pemantauan BOSS di semekta hari ini.
Cikgu Lydiawati sedang menunjukkan rekod-rekod penting berkenaan BOSS kepada pegawai berkenaan untuk tindakan lanjut
Senyuman berharga Pn. Alina- Pegawai Bahagian HEM PPD Kota Marudu  semasa keluar dari Bilk SPBT menunjukkan Cikgu Lydiawati & pasukannya telah bekerja cemerlang. Tahniah!

No comments:

Post a Comment