Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Monday, November 15, 2010

Mesyuarat Agung Koperasi Semekta Kali Ke-4 Disempurnakan

Mesyuarat Koperasi SMK Tandek Berhad dimulakan dengan ucapan En. Keng Chuan Seng selaku Pengetua & merangkap Pengerusi Koperasi. Beliau mengucapkan selamat datang kepada para hadirin & terima kasih atas sokongan yang diberikan untuk menjayakan mesyuarat hari ini 15 Nov 2010 di Dewan Perdana Semekta.
Pembentangan Laporan Audit & Kewangan Semasa Koperasi Oleh Cikgu Wan Norsiah selaku bendahari. Berita baik untuk semua pemegang unit syer koperasi kerana akan memperolehi 10% pulangan ke modal yang dilaburkan. Promosi penambahan syer & pendaftaran ahli baru koperasi akan diumumkan. Warga Semekta disyorkan merebut peluang melabur syer kerana keutuhan operasi koperasi. Syabas & Tahniah!
Majlis Jamuan Khas Koperasi bagi menghargai jasa, kerjasama & sokongan para ahli kerana memberi kepercayaan & 100% keyakinan kepada Koperasi SMK Tandek Berhad.
Dapat Ilmu Kewangan, Dapat Pengalaman Berniaga, Dapat Jamuan istimewa, Dapat Penghargaan, Dapat DIVIDEN 10%...Memang Berbaloi Jadi Ahli Koperasi !
Kemaskini Dewan Perdana...Terima Kasih Kepada Semua Ahli Koperasi.

No comments:

Post a Comment