Urusan Kenaikan Pangkat ONLINE

Berita TERKINI Dari Semekta

Sunday, November 14, 2010

Pewira Mat Salleh

Gambar Hiasan : Mat Salleh -Pahlawan Sabah

Mat Salleh atau nama sebenarnya Datu Mat Salleh merupakan pejuang Sabah yang terkenal dalam memberi tentangan yang hebat kepada penjajahan Inggeris di Sabah. Mat Salleh pernah mengisytiharkan daerah Tambunan atau dalam bahasa Mat Salleh 'Negeri Tambunan' sebagai daerah di bawah kekuasaannya. Mat Salleh berasal daripada suku Suluk Paitan. Ayahnya, Datu Balu berkahwin di Inanam dengan suku Bajau. Hasil daripada perkahwinan mereka itu lahirlah empat orang adik-beradik iaitu Ali, Mat Salleh, Badin dan Bolong. Datu Mat Salleh mengambil tugas bapanya, Datu Balu sebagai ketua kampung di daerah Lingkabo dan Sungai Sugut. [Sumber Dipetik daripada Sejarah Malaysia Online: Sila Klik pada pautan berikut untuk artikel penuh URL: http://sejarahmalaysia.pnm.my/ ]

No comments:

Post a Comment